Blog ini adalah berbentuk blogspot berinformasi dan bertujuan untuk memberikan maklumat tentang kampung yang terdapat dalam kawasan Mukim Rosok sahaja. Segala komen-komen yang membina adalah sangat dihargai, namun bagi komen-komen negatif, berunsur lucah dan politik adalah dilarang sama sekali dipaparkan dalam Blog ini. Sekian.

Monday, March 5, 2012

~Selamat Datang Pencari Maklumat~

~Sekapur Sirih~

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...

Saya sebagai anak jati Mukim Rosok berasa sangat teruja untuk menubuhkan satu sumber maklumat yang boleh dikongsikan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Saya merasakan maklumat yang penting harus dikongsikan dengan masyarakat yang seharusnya tahu akan maklumat tersebut. Oleh sebab itu, saya dengan penuh kerendahan hati, bukan sombong ataupun bongkak tetapi  rela hati menggunakan kesempatan ini untuk menubuhkan blogspot untuk Mukim Rosok.

Semoga dengan tertubuhnya Blogspot ini banyak perkara yang dapat dikongsikan bersama. Perlulah diingatkan agar pengunjung blogspot ini tidak menggunakan bahasa yang kasar apabila memberikan ulasan/komen. Blogspot ini juga tidak berbaur isu politik dan hanya bertujuan untuk mengongsikan maklumat yang sewajarnya.

Sekian.
Yang Benar,
KAMLIT KINDAN
Anak Jati Rantai Rosok.