Blog ini adalah berbentuk blogspot berinformasi dan bertujuan untuk memberikan maklumat tentang kampung yang terdapat dalam kawasan Mukim Rosok sahaja. Segala komen-komen yang membina adalah sangat dihargai, namun bagi komen-komen negatif, berunsur lucah dan politik adalah dilarang sama sekali dipaparkan dalam Blog ini. Sekian.

Kampung Simbulon

PENGENALAN

     Sebagai pengenalan ingin saya kongsikan sedikit maklumat mengenai kampung Simbulon. Kampung ini terletak di antara kampung Rantai dan juga kampung Bambangan. Kampung ini mempunyai keluasan yang kecil sahaja berbanding dengan kampung yang lain. Oleh yang demikian, jumlah penduduknya juga adalah sangat sedikit.

     Walau bagaimanapun, kampung ini agak kurang dikenali ramai. Penduduk di Mukim Rosok lebih mengenali kawasan tersebut juga adalah sebahagian daripada kampung Rantai.