Blog ini adalah berbentuk blogspot berinformasi dan bertujuan untuk memberikan maklumat tentang kampung yang terdapat dalam kawasan Mukim Rosok sahaja. Segala komen-komen yang membina adalah sangat dihargai, namun bagi komen-komen negatif, berunsur lucah dan politik adalah dilarang sama sekali dipaparkan dalam Blog ini. Sekian.

Kampung Rantai

PENGENALAN

     Sebagai pengenalan kepada kampung ini, saya dengan sumber pengetahuan yang ada ingin mengkongsikan beberapa maklumat yang mungkin tidak banyak kepada pengunjung kalian. Kampung Rantai merupakan kampung yang terletak di sebelah timur dalam kawasan Mukim.

     Mengikut cerita yang tidak disahkan, kedudukan kampung Rantai ini dikatakan mempunyai rupa bentuk bumi yang agak rata dan hal inilah yang menyebabkan pengambilan nama Rantai sebagai nama untuk kampung ini. Dalam bahasa dusun, perkataan rantai ini juga membawa maksud rata dalam bahasa melayunya.

     Penduduk yang tinggal pada kawasan ini juga majoritinya terdiri daripada etnik dusun Tindal dan beberapa etnik lain. Etnik lain yang dimaksudkan ialah mereka yang telah berkahwin dengan orang tempatan lalu tinggal menetap di kampung itu.